Pokok Kemuning Hitam tergolong dalam kategori kayu balak.Oleh itu, pokok ini hanya boleh didapati di kawasan bukit-bukau dan gunung-ganang. Teras kemuning hitam mempunyai khasiat yang pelbagai. Antaranya, penawar bagi penyakit kulit (diasah/diminum), mempercepat proses penyembuhan kulit yang melecur (diasah/diminum) dan banyak lagi. Tersebut dalam beberapa kitab perubatan Islam karya ulama silam, teras kayu ini mempunyai 72 khasiat dan pada kitab yang lain, 99 khasiat.